
Menurut Chengdu Business Daily, Wang Lijun yang berusia 23 tahun dari Panzhihua itu maut selepas dia memberhentikan kereta di tepi jalan untuk menolong mangsa kemalangan.
Dalam dua kejadian pada Selasa itu, sembilan orang cedera pada dua kemalangan yang berbeza.
Ketika ini, kesemua mangsa masih menerima rawatan di hospital.
Kemalangan pertama berlaku apabila sebuah kereta mengelak daripada melanggar kambing dan kemudiannya bertembung dengan kereta lain ketika berhenti.
Polis tempatan masih lagi melakukan siasatan terhadap dua kemalangan tersebut.- South China Morning Post
Sign up here with your email
ConversionConversion EmoticonEmoticon