1,000 rumah penduduk Rohingya dibakar di Rakhine, Myanmar

YANGON: Lebih 1,000 rumah dibakar di kampung-kampung Rohingya di barat laut Myanmar semasa satu kepungan ketenteraan.

Demikian menurut imej-imej satelit yang dikeluarkan kumpulan Human Rights Watch hari ini (21 Nov).

Para askar dikerahkan ke wilayah Rakhine di sempadan Bangadlesh, kawasan yang sebahagian besar penduduknya adalah masyarakat minoriti Rohingya yang beragama Islam dan tidak mempunyai kerakyatan, sejak siri serangan maut dan yang diselaraskan, dilancarkan di pos-pos sempadan polis bulan lalu.

Sehingga 30,000 orang kehilangan tempat tinggal akibat keganasan itu, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Setengah daripada mereka kehilangan tempat tinggal semasa tempoh dua hari apabila puluhan orang mati setelah pihak tentera mengerahkan helikopter-helikopter penggempur.

Pasukan keselamatan sudah membunuh hampir 70 orang dan menangkap sekitar 400 orang sejak operasi ketenteraan itu bermula enam minggu lalu, menurut laporan media negara itu. Namun para aktivis berkata angka korban mungkin jauh lebih tinggi.

TENTERA DILAPOR BUNUH ORANG ROHINGYA, ROGOL WANITA

YANGON: Lebih 1,000 rumah dibakar di kampung-kampung Rohingya di barat laut Myanmar semasa satu kepungan ketenteraan.  Demikian menurut imej-imej satelit yang dikeluarkan kumpulan Human Rights Watch hari ini (21 Nov).  Para askar dikerahkan ke wilayah Rakhine di sempadan Bangadlesh, kawasan yang sebahagian besar penduduknya adalah masyarakat minoriti Rohingya yang beragama Islam dan tidak mempunyai kerakyatan, sejak siri serangan maut dan yang diselaraskan, dilancarkan di pos-pos sempadan polis bulan lalu.  Sehingga 30,000 orang kehilangan tempat tinggal akibat keganasan itu, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Setengah daripada mereka kehilangan tempat tinggal semasa tempoh dua hari apabila puluhan orang mati setelah pihak tentera mengerahkan helikopter-helikopter penggempur.  Pasukan keselamatan sudah membunuh hampir 70 orang dan menangkap sekitar 400 orang sejak operasi ketenteraan itu bermula enam minggu lalu, menurut laporan media negara itu. Namun para aktivis berkata angka korban mungkin jauh lebih tinggi.


Para saksi dan aktivis melaporkan pihak tentera membunuh orang Rohingya, merogol wanita dan merompak serta membakar rumah-rumah mereka. Pemerintah Myanmar enggan membenarkan para pemerhati antarabangsa melakukan siasatan menyeluruh.

Seorang lelaki Rohingya bernama Salaman berkata beliau membantu untuk menanam mayat seorang lelaki dan wanita yang ditembak mati oleh para askar di kampung Doetan kelmarin.

"Askar-askar datang ke kampung Doetan pada 19 November sekitar 5.00 petang," katanya kepada AFP.

"Kebanyakan lelaki dari kampung itu melarikan diri kerana takut ditangkap dan diseksa. Kemudian mereka (askar) mula melepaskan tembakan dan dua orang mati," tambahnya.

Aktivis hak asasi, Chris Lewa, yang mengendalikan Projek Arakan di utara Rakhine, mengesahkan laporan para saksi itu dan berkata dua orang bayi juga dihanyutkan arus sungai sedang para penduduk kampung cuba melarikan diri dengan menyeberangi sungai.

JURUCAKAP PRESIDEN: PENCABULAN HAK ASASI "DILARANG"

Jurucakap presiden Zaw Htay cuba tidak membesar-besarkan isu imej-imej satelit itu. "Apa yang kami lihat itu tidak berleluasa," katanya kepada AFP.

Beliau juga menafikan laporan-laporan kematian di kampung Doetan itu. "Kedua-dua pemerintah dan tentera melarang sekeras-kerasnya sebarang pencabulan hak asasi manusia, terutama terhadap wanita dan kanak-kanak," katanya.

Ratusan orang Rohingya, yang sudah lama ditindas negara itu, sudah cuba melarikan diri dari keganasan itu ke negara jiran, Bangladesh.

Pemerintah awam baru Myanmar, yang diterajui pemenang Hadiah Nobel Keamanan Aung San Suu Kyi, sudah menolak dakwaan-dakwaan itu sebagai sebahagian daripada kempen untuk memberikan maklumat salah oleh golongan "pengganas".

Human Rights Watch hari ini menyatakan menerusi imej-imej satelit tersebut, ia sudah mengenal pasti 820 lagi struktur yang dihapuskan di lima kampung Rohingya dari 10-18 November.

Keseluruhannya, kumpulan hak asasi itu menyatakan 1,250 bangunan dihapuskan semasa operasi ketenteraan tersebut.

- AFP/nd
Previous
Next Post »